Kabinet yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berfungsi sebagai kerajaan sementara atau 'caretaker' dengan Mesyuarat Kabinet masih boleh dijalankan seperti biasa walaupun Parlimen telah dibubarkan pada Isnin.<br /><br />Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bagaimanapun berkata kabinet tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar walaupun masih boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam soal pentadbiran negara.
